.Heyy readers . Thank you for visit my blog . Please respect my blog . Ripping , Spamming and other are not allowed here ! Hell yeahhh . =')

Friday, 4 January 2013

. Tidak Pernah Keseorangan ❣

Assalamualaikum, Hari ini aku sedar dari tidur yang lama. 3 bulan aku koma . Doktor mengesahkan yang aku lupa ingatan . Ketika aku membuka mataku aku pelik dimana aku berada dan aku langsung tidak mengenali dan tahu siapa diriku .

Semasa aku sibuk memikirkan siapa kah diri aku ini, dua orang pegawai polis datang melawat aku . dia mencerita segala galanya kpd ku . Baru aku tahu kenapa aku berada disini , dan apa yang telah terjadi kpd ku . Aku dan keluarga telah mengalami kemalangan jalan raya , kereta kami telah dilanggar oleh lori dan pemandu lori itu sedang mabuk . Polis itu beritahu bahawa keluarga ku telah meninggal dunia . Mereka telah meninggalkan aku seorang diri di dunia ini tanpa teman .

Air mata ku yang tadi hanya bergenang di kelopak mata kini sudah menjadi seperti air terjun apabila mendengar berita itu , walaupun aku tidak ingat siapa diriku dan keluargaku tapi hatiku berasa sangat sedih kerana aku tiada sesiapa lagi . Ya Allah kini aku seorang diri di dunia ini . Ya Allah kuatkan lah semangatku untuk terus tinggal di duniamu ini tanpa teman .

Selama aku berada di hospital ini , tiada siapa pun yang pernah melawatku . Sunyi sahaja didalam bilik hospital ini . Hatiku tertanya tanya , tiada seorang pun kah yang mengenaliku . dimanakah saudara saudara ku ? Ya allah . kau berikanlah aku petunjuk bagaimana caranya untuk aku teruskan hidup ini . Tiga hari selepas aku bangun dari koma , sepasang suami isteri datang melawatku , aku melihat wajahnya macam dalam lingkungan 40-an . aku tidak mengenali mereka . Aku tersenyum kpd mereka . Aku bersyukur sangat kerana ada juga org yang ingin melawatku . Mereka memberitahuku bahawa aku adalah anak saudaranya dan ibuku adalah adik kepada lelaki itu .

Aku tak tahu sama ada itu benar atau tidak . Tetapi apabila mereka menunjukkan gambar keluarga aku dan mereka ada juga bersama kami , baru aku percaya. Mereka membawa aku kerumahnya . Aku berasa bersyukur yang tidak terhingga . Terima kasih Ya Allah .

Sudah 5 tahun ia berlalu , kini aku telah menjadi seorang pensyarah , mak saudara dan bapa saudaraku telah menyara aku sampai aku menjadi orang yang berguna . Mereka telah memberiku makan dan minum . Aku perlu membalas jasa mereka . Ya mereka telah menjagaku . Terima kasih Ya Allah kerana memberiku kejayaan ini Terima kasih ya allah .


Tamat , :DD

. Cerita ni aku reka sendiri . Takde yang kopipes . Aku taip apa yang terlintas dikepala . Ini akibat terlalu bosan . Hahaha terima kasih kerana sudi membaca , :)

No comments:

Post a Comment